Tuesday 15 March 2011

1 year old...

Jam 1.28a. 14 Mac 2010 lahirnya putera ku...Rayyan Iskandar...walaupun tarikh jangkaan ku untuk bersalin berbaki 8 minggu.. pelbagai tanggapan Doktor terhadap bayi dan diriku pada masa itu.. peluang ku hya 50-50. Aku kuatkan semangat untuk tidak putus asa mengharap satu keajaiban berlaku pada bayiku... mulut ku tidak berhenti bertnya pada doktor walaupn keadaan ku semakin lemah.. kehilangan darah yang terlalu byk disebabkan keadaan uri berada di tahap yang bahaya tidak mematahkan semangat ku untuk berjuang..dgn kuasa ALLAH S.W.T yang mahukan Rayyan mengenal dunia lebih awal diterima oleh ku dan suamiku dgn redha.. mungkin ada hikmahnya... Dan hari ini Rayyan Iskandar telah pn berusia 1 tahun.. dan sihat tubuh badan dan akal.. Semoga dia sentiasa dilindungi NYA..

No comments: